Dell Ultrasharp U3824DW Di Malaysia


Terkini, Dell telah memperkenalkan Dell Ultrasharp U3824DW, paparan skrin kelas ultralebar terbaru mereka yang hadir dengan saiz 38 inci. Paparan Ultrasharp ini menggunakan panel IPS Black dan mempunyai resolusi 3840×1600 piksel dan kadar segar semula 60Hz yang boleh mengolah 100 peratus gamut warna sRGB dan REC.709 dan 98 peratus gamut warna DCI-P3.


Paparan skrin ini hadir dengan suis KVM (Keyboard, Video, Mouse) terbina dan sokongan untuk mengecas peranti dengan kadar kuasa 90W, cukup untuk mengecas kebanyakan kelas komputer riba di pasaran sekarang.


Ia juga mempunyai lima palam USB 3.2 Type-A, dua palam USB 3.2 Type-C 10Gbps, dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4, satu palam Ethernet 2.5Gbps dan satu palam audio 3.5mm.


Buat masa ini, paparan Dell Ultrasharp U3824DW ini hanya ditawarkan di beberapa pasaran syarikat tersebut pada masa ini, seperti Amerika Syarikat pada harga USD $1529.99 dan juga di pasaran Malaysia pada harga RM7109 

0/komen