Fujifilm Instax Square SQ40 Kini Di Malaysia

Fujifilm mengembangkan lagi portfolio kamera filem segera di Malaysia menerusi pengenalan Instax Square SQ40. Berharga RM728 sebuah, ianya di jual menerusi pengedar sah Fujifilm di seluruh Malaysia bermula hari ini, sama ada secara dalam mahupun luar talian.

Kamera ini hadir dengan tubuh daripada bahan kulit sintetik dan bingkai perak, di samping turut memuatkan butang fizikal bagi memudahkan proses mengambil gambar. Hal ini dilihat serupa dengan bahan dan konsep yang digunakan pada beberapa model terdahulu dalam siri yang sama.


Ia juga mempunyai kanta F65.75 yang boleh ditarik keluar, selain menyokong kawalan pendedahan yang boleh mengoptimumkan kelajuan pengatup secara automatik bergantung pada keadaan. Ciri Selfie Mode dan cermin kecil terbina yang disertakan pula amat berguna untuk pengalaman swafoto lebih baik.

 

0/komen