Gempar Air Sungai Bertukar Merah Darah


Penduduk  sebuah perkampungan di Madura, wilayah Jawa Timur gempar apabila air di sebatang sungai berubah menjadi warna merah seperti darah.

Berdasarkan rakaman video ini,  air Sungai Pamekasan itu berwarna merah terang. Sungai itu dikatakan mengalir ke arah bandar.

Penduduk yang biasa menggunakan air Sungai Pamekasan untuk mencuci pakaian  terpaksa membatalkan hasrat mereka berikutan fenomena aneh itu.

Selepas membuat aduan kepada pihak berkuasa, punca keadaan itu akhirnya dirungkai.



Ketua Perkhidmatan Alam Sekitar Pamekasan, Supriyanto berkata,  punca air sungai  berasal dari Empangan Klampar itu berubah warna adalah kerana pewarna batik yang dibuang secara haram.

Menurut Supriyanto,  ketika pasukannya membuat siasatan di Empangan Klampar, mereka menemui bungkusan-bungkusan pewarna batik yang dibakar di tepi takungan air  berkenaan.

Ada antara bungkusan pewarna itu turut dibuang ke dalam air takungan sehingga mengubah warna air sungai menjadi merah.

“Petugas kami sudah mengambil bukti bungkusan itu termasuk mengambil sampel air untuk dibawa ke makmal,” katanya.

0/komen