Honor Pad X9 Di Malaysia


Honor Pad X9 telah diumumkan dengan fokus terhadap kegunaan umum, sama ada kerja, hiburan atau bermain.


Tablet ini dilengkapi skrin LCD sebesar 11.5″ dengan resolusi 2000 X 1200 piksel. Ini digabungkan lagi dengan cip Snapdragon 685, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utama. Peranti juga mempunyai bateri 7250mAh, enam pembesar suara terbina dengan sistem audio Honor Histen dan kamera 5MP di belakang serta swafoto.




Tablet ini ditawarkan di Malaysia pada RM1099 sebuah dengan pilihan warna Space Gray. Ketersediaan adalah bermula dari 21 Julai yang lalu  menerusi pengedar sah Honor Malaysia dan hadiah bernilai RM299 yang berupa papan kekunci turut diberikan secara percuma.

0/komen