
iPhone mula dijual 16 tahun yang lalu dan ia bertanggungjawab mengubah rekaan telefon mudah alih dunia. Daripada peranti dengan buang fizikal, kita kini hidup dalam dunia dengan skrin sesentuh sekarang. Oleh kerana impaknya terhadap teknologi telefon pintar adalah besar, nilai iPhone generasi pertama kini mencanak naik.
Terkini sebuah iPhone generasi pertama dengan storan 4GB telah dilelong pada harga USD $190,372.80 (~RM865,000) sebuah menerusi laman LCG Auctions. Ia tidak pernah dibuka dan masih dalam bungkusan asal. Ini menjadikannya iPhone generasi pertama paling mahal pernah dilelong dengan rekod sebelum ini ialah USD $63,356 / RM 289 ,917 untuk iPhone generasi pertama dengan storan 8GB.
Model 4GB dilelong pada harga lebih tinggi kerana dikeluarkan dalam jumlah yang lebih rendah sekaligus menjadikannya model yang lebih sukar dibeli. Semasa dijual pada tahun 2007, iPhone 4G dijual pada hargaUSD $499 / RM 2283 sebuah. Dalam masa 16 tahun, harga model ini meningkat hampir 382 kali ganda.
Catat Ulasan