Kasut Apple Belum Pernah Digunakan Dilelong

Pada sekitar tahun 1980-an Apple menyertai arena fesyen hidup dengan menjual pelbagai pakaian, jam tangan, kasut dan banyak lagi. Apple biasanya bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Lamy, Honda atau Braun dan dilaporkan puluhan ribu orang memberi produk fesyen mereka.

Kini anda hanya boleh dapatkan baju Apple di Apple Park, akan tetapi mereka yang memiliki produk dari tahun 1980-an ini dikira bertuah kerana nilai produk itu pada hari ini mencapai puluhan ribu ke ratusan ribu. Seperti baru-baru ini dilaporkan oleh BBC, kasut Apple dilelong pada harga melebihi RM200,000.


Kasut ini dilelong pada laman Sotheby dengan permintaan harga bermula $50,000 iaitu sekitar RM 226,250. Kasut ini dikatakan sangat unik dan sukar ditemui kerana merupakan hadiah untuk para pekerja Apple yang diberikan ketika Persidangan Jualan Kebangsaan tahun 1990-an. Kasut ini juga dikatakan masih baru dalam kotak dengan sedikit kotoran kesan kekuningan kerana usia.
 

0/komen