
Seorang wanita terkejut apabila menemui rangka makhluk dikatakan menyerupai ikan duyung atau mermaid terdampar di tepi Pantai Keppel Sands di Queensland.
Ia memaparkan rangka sejenis makhluk memiliki panjang kira-kira 182 sentimeter.
Ia mempunyai tengkorak menyerupai bentuk tengkorak manusia dengan garisan rahang yang memanjang dan bulu menyerupai warna lembu atau kanggaru.
Menurut kata Bobbi-Lee Oate,ia kelihatan amat sama dengan bentuk ikan duyung, namun berbulu dan kelihatan mempunyai ekor.
Ada netizen berpendapat bahawa rangka itu milik ikan duyung. Sebilangan netizen lain pula mendakwa bahawa penemuan itu adalah rangka dugong.
Seorang pakar di Persatuan Zoologi di London, Rob Deaville bagaimanapun berkata: “Bagi saya, ia kelihatan seperti cetacean kecil.”
Cetacean adalah mamalia akuatik yang merangkumi ikan paus dan ikan lumba-lumba
Catat Ulasan