Samsung Galaxy Watch6 Dan Watch6 Classic Kini Rasmi

Samsung Galaxy Watch6 Classic dan Watch6 telah di lancarkan secara rasmi. Kedua-dua jam tangan pintar ini hadir dengan skrin yang lebih besar kerana penggunaan bezel yang lebih kecil serta mengembalikan bezel fizikal berputar pada model Watch6 Classic.


Samsung Galaxy Watch6 Classic seperti dinyatakan di atas hadir dengan bezel berputar fizikal yang tidak diberikan pada siri Watch5 tahun lalu. Ia ditawarkan dalam dua pilihan skrin iaitu 1.3″ dan 1.5″ AMOLED berbentuk bulat dengan tubuh pula bersaiz 43mm serta 47mm. Untuk ketahanan skrin ini mempunyai panel kaca nilam yang tahan lasak.

Pemproses Exynos W930 dipadankan pula dengan memori 2GB RAM, storan 16GB dan bateri 300/435 mAh. Menurut Samsung ini memberikan penggunaan sehingga 40 jam atau 30 jam dengan AOD diaktifkan.

Sensor yang disertakan pula ialah Samsung BioActive Sensor (kadar jantung optikal + Isyarat elektrik jantung + analisa impedans bioelektrik), suhu, accelerometer, barometer, gyro, geomagnetik, cahaya dan sensor dewan 3D.

Samsung Galaxy Watch6 pula tidak mempunyai bezel berputar fizikal. Ia ditawarkan dalam dua pilihan skrin iaitu 1.3″ dan 1.5″ AMOLED dengan kaca nilam berbentuk bulat sementara tubuh pula bersaiz 40mm serta 44mm.

Pemproses Exynos W930 dipadankan pula dengan memori 2GB RAM, storan 16GB dan bateri 300/435 mAh. Menurut Samsung ini memberikan penggunaan sehingga 40 jam atau 30 jam dengan AOD diaktifkan.


Sensor yang disertakan pula ialah Samsung BioActive Sensor (kadar jantung optikal + Isyarat elektrik jantung + analisa impedans bioelektrik), suhu, accelerometer, barometer, gyro, geomagnetik dan cahaya.

Kesemua model mempunyai dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan. Tubuh logam siri Watch6 melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 dan ketahanan tahap tentera MIL-STD-810H. Jam tangan pintar ini boleh dibawa menyelam sehingga tekanan 5 ATM. Pembaharuan tahun ini ialah skrin 20% lebih besar menerusi pengecilan bezel dan ketebalan bezel berputar. Tali jam turut lebih mudah ditanggalkan dengan sistem satu butang sahaja.


Dari segi penjejakan kesihatan pula, ia boleh menganalisa tidur lebih baik dengan “jurulatih” yang menyarankan waktu tidur terbaik bagi mendapatkan rehat yang lebih sempurna. Ciri Personalized Heart Rate Zone pula menetapkan lima zon berbeza untuk pemakai bagi mendapatkan sesi senaman lebih intensif. Akhir sekali sistem operasi yang digunakan ialah One UI 5 Watch berasaskan Watch OS 4.

Harga jualan Samsung Galaxy Watch6 Classic dan Watch6 adalah seperti di bawah bermula 18 Ogos 2023.

0/komen