Sony baru-baru ini telah melancarkan set speaker baharu untuk teater rumah Sony HT-AX7. Ia adalah set speaker nirwayar penuh yang boleh dipecahkan kepada tiga bahagian seakan soundbar JBL Bar 1000. Menariknya HT-AX7 adalah nirwayar 100% dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
Sony menggunakan teknologi Portable Theatre System dengan 360 Spatial Sound Mapping yang boleh mencipta speaker maya di hadapan dan di belakang pengguna. Sony turut menggalakkan pengguna menyusun ketiga-tiga bahagian HT-AX7 dengan yang utama di hadapan sementara dua lagi di setiap sisi.
Pemacu audio yang digunakan menggunakan teknologi X-Balanced dan amplifier S-Master. Audio yang disokong terhad kepada SBC dan AAC sahaja. Sambungan adalah dengan Bluetooth 5.2, boleh menyokong multi-peranti dan melakukan kawalan melalui aplikasi Sony Home Entertain Connect.
Bateri Sony HT-AX7 ini boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan penuh. Sementara dengan pengecasan selama 10 minit ia mampu bertahan mencapai 2.5 jam. Buat masa ini tidak pasti jika Sony Malaysia akan menjual HT-AX7. Di pasaran Amerika ia dijual pada harga $499.99 iaitu sekitar RM2,335.45.
Catat Ulasan