Tidak Tidak Terima Gaji Jadi Punca Curi Mi Segera


Seorang lelaki yang dipenjara kerana mencuri sebungkus mi segera dari sebuah kedai di wilayah Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai GF, 25, membuat keputusan untuk mencuri di sebuah pasar mini pada 23 Mei lalu selepas tidak menerima gaji daripada pemilik kedai telefon bimbit tempat dia bekerja.

Bukan hanya sebungkus mi segera, GF turut mengambil dua botol teh, sebungkus biskut dan sebungkus coklat. 

Kes GF mencetuskan perbincangan orang awam selepas surat permohonan maaf yang ditulisnya kepada Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo tular di laman Twitter.

Ketua Polis Gunung Anyar berkata, alasan GF ditahan adalah kerana dia sudah dewasa selain pernah melakukan tindakan serupa sebelum ini.

Walaupun pihak polis sudah melakukan rundingan untuk membayar pampasan bagi barang yang dicuri GF, pemiliknya masih mahu suspek dihukum.

Setelah ditahan selama 60 hari, dia akhirnya dibebaskan
 

0/komen