Waspada Dengan Akaun Maybank Palsu


Maybank dalam satu kenyataan terkini menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan kewujudan akaun-akaun palsu di media sosial khususnya Facebook. Ia berikutan terdapatnya beberapa akaun Facebook palsu yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai Perkhidmatan Pelanggan Maybank bagi tujuan penipuan dan memperdaya pengguna.

Kewujudan akaun-akaun palsu ini dikatakan menyebarkan kandungan mengelirukan yang boleh menjejaskan keselamatan dan privasi. Misalnya seperti diberikan satu pautan palsu untuk diakses bagi melengkapkan transaksi. Sehubungan itu, Maybank menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tidak berurusan melalui akaun media sosial palsu ini. Dalam masa sama, turut diminta untuk tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan.

Maybank berkata, wakil khidmat pelanggan yang sah tidak akan berkongsi sebarang pautan yang mencurigakan. Selain itu, mereka juga tidak akan sewenang-wenangnya meminta pengguna untuk berkongsi maklumat peribadi seperti nama atau kata laluan.

0/komen