Seorang pemandu pelancong di Afrika Selatan merakam kejadian luar biasa gajah melawan seekor buaya yang cuba membaham dengan menggigit ekornya.
Menurut Emmanuel Sauti, 53,“Pada suatu hari, kami ingin pulang ke kem selepas cuti tamat. Ia hanyalah perjalanan biasa. Kami tidak menyangka akan menyaksikan kejadian jarang berlaku itu.
“Semasa merentasi Sungai Luangwa, kami melihat pertembungan di dalam air antara gajah dan buaya. Saya menahan perasaan bercampur-baur. Gajah itu berlawan dengan baik dan buaya itu juga tidak berundur,” katanya.
Menurut Sauti, buaya sering menyasarkan antelop atau ikan yang lebih kecil sebagai sumber makanan. Kejadian seekor buaya cuba membunuh gajah sangat jarang berlaku.
“Gajah itu akhirnya berjaya menepis buaya tersebut dan menyeberangi sungai. Itu adalah detik paling menggembirakan dalam kerjaya saya sebagai pemandu safari,” jelas Sauti.
Catat Ulasan