Cip Pemprosesan Ryzen Khusus Untuk Komputer Riba Lenovo


AMD baru-baru ini telah memperkenalkan siri cip pemprosesan APU AMD Ryzen 7040 untuk komputer riba, yang hadir dengan prestasi perkomputeran dan grafik yang lebih hebat.

Lenovo baru-baru ini juga dilihat telah memperkenalkan siri komputer riba Lenovo Yoga Slim 7 Gen 8 dengan paparan bersaiz 14 inci dan merumahkan cip pemprosesan APU AMD Ryzen 7040 terbaru ini.


Unik mengenai model komputer riba ini ialah penawaran cip pemprosesan yang diberikan. Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan model dengan APU AMD Ryzen 5 7640S ataupun AMD Ryzen 7 7840S.

Yang unik mengenai dua cip pemprosesan ini ialah kehadiran nombor model yang baru, iaitu Ryzen S, yang dibangunkan berdasarkan cip pemprosesan AMD Ryzen 7040U menggunakan pakej cip pemprosesan FP8 yang dilihat tampil dengan lebih banyak ciri.

Secara ringkasnya, penawaran cip pemprosesan baru ini membolehkan Lenovo untuk memanfaatkan ciri-ciri tambahan dan juga kuasa pemprosesan yang lebih cekap pada komputer-komputer riba baru mereka.


Spesifikasi tambahan komputer riba Lenovo Yoga Slim 7 Gen 8 ini termasuklah paparan skrin OLED bersaiz 13 inci dengan resolusi 3K (2944×1840) dengan kadar segar semula 90Hz dan sokongan untuk teknologi HDR500.

Bergantung kepada pilihan model, ia juga dilengkapi dengan memori LPDDR5-6400 sehingga 32GB dan pilihan storan SSD PCIe 4.0 sehingga 1TB.

0/komen