Corsair K70 Max Dilancarkan


Papan kekunci Corsair K70 Max telah dilancarkan dengan suis mekanikal-magnetik. Menurut Corsair, suis Corsair MGX mekanikal-magnetik ini membolehkan satu suis kekunci diprogramkan oleh pemilik untuk mengesan lebih daripada satu tekanan.


Kerana terdapat magnet, pemilik boleh menetapkan tahap sensitiviti kekunci dengan keperincian 0.1mm. Ini membolehkan sebagai contoh butang W ditekan untuk bergerak ke hadapan dalam permainan video dan kemudian apabila ditekan lebih dalam akan membuatkan watak berlari.

Setiap kekunci diperbuat daripada bahan PBT setebal 1.5mm dengan ia turut mempunyai satu lampu RGB. Tubuh K70 Max pula diperbuat daripada bahan aluminium yang tahan lasak. Papan kekunci ini hanya berfungsi secara berwayar. Terdapat satu butang berputar untuk kawalan audio komputer serta panel LCD yang memaparkan profil yang dipilih oleh pemilik.


Corsair K70 Max dijual pada harga $230 (~RM1056) dengan ia ditawarkan dengan satu pelapik tangan yang diperbuat daripada busa memori.

 

komen