
Alienware ialah sebuah jenama gaming yang tidak asing lagi.Kini jenama ini telah memperkenalkan desktop terbaru mereka, iaitu Alienware Aurora R16 yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-12 dan ke-13 yang sangat berkuasa, dan digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 yang terbaru.


Alienware Aurora R16 ini dilihat hadir dengan rekaan yang menggabungkan konsep Alienware Legend mereka, yang dilihat menggunakan lengkungan yang banyak, dengan rekaan komputer desktop tradisional yang dilihat lebih bersudut.

Sistem penyejukan cecair yang menggunakan radiator 240mm dan juga kipas 120mm di bahagian hadapan dan belakang komputer ini untuk memastikan aliran udara positif yang mengurangkan debu dibahagian dalam komputer ini.
Selain aliran udara 10 peratus lebih cekap berbanding dengan model desktop sebelum ini, Alienware turut menjanjikan pengurangan bunyi bising sebanyak 40 peratus yang akan membantu dalam memastikan satu-satunya bunyi yang akan di dengar melalui komputer ini ialah bunyi dari permainan komputer.
Satu bahagian unik pada komputer ini terletak di bahagian hadapan yang memperlihatkan satu rekaan berbentuk bujur yang dinamakan “Stadium loop”. Ia hadir dengan sistem pencahayaan RGB AlienFX yang hadir dengan warna-warna pelangi yang cukup cantik sekali.
Rekaan ini, bersama-sama dengan panel sisi yang dibangunkan dengan kaca terbaja menjadikan keseluruhan sisi komputer riba ini sangat cantik untuk dipandang, khususnya dengan sistem pencahayaan AlienFX di beberapa bahagian lain pada komputer ini.

Alienware juga dilihat telah mula menggunakan bahan kitar semula didalam komputer-komputer mereka. Mereka mengatakan bahawa 11 peratus daripada binaan logam didalam rangka komputer ini dibangunkan menggunakan logam kitar semula, manakala 97.2 peratus daripada kotak yang digunakan untuk menyimpan komputer ini menggunakan bahan kitar semula juga.
Buat masa ini, Alienware Aurora R16 ini hadir dilihat hadir di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan dijual pada harga USD $1749.99 / RM 8092 untuk konfigurasi dengan cip pemprosesan Intel Core i7-13700F dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070.
Catat Ulasan