
Kini terdapat beberapa pilihan terbaharu yang disediakan oleh Hisense Malaysia untuk pengguna di Malaysia. Ini termasuklah pilihan televisyen di bawah siri Hisense U7K ULED Mini-LED dan U6K ULED VIDAA, malah pratempah untuknya juga telah dibuka sekarang dengan harga dan promosi pengenalan menarik seperti di bawah:
Hisense U7K ULED Mini-LED 85″ – RM14,999, XboX Series diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM11,999)
Hisense U7K ULED Mini-LED 75″ – RM9,999, XboX Series diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM8,999)
Hisense U7K ULED Mini-LED 65″ – RM7,999, XboX Series diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM6,999)
Hisense U7K ULED Mini-LED 55″ – RM6,999, XboX Series diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM5,999)

Hisense U6K ULED VIDAA TV 75″ – RM6,999, Nintendo Switch OLED diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM5,999)
Hisense U6K ULED VIDAA TV 65″ – RM4,999, Nintendo Switch OLED diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM4,299)
Hisense U6K ULED VIDAA TV 55″ – RM3,999, Nintendo Switch OLED diberi percuma (promosi harga pratempah hanya RM3,299)
Perlu dinyatakan, pelanggan perlu mendaftar di google form disediakan terlebih dahulu bagi melayakkan penebusan untuk hadiah percuma yang dinyatakan. Resit rasmi juga perlu diberikan sewaktu proses penebusan, seterusnya pihak Hisense akan membuat penghantaran setelah selesai.

Hisense U7K ULED Mini-LED didatangkan dalam empat pilihan saiz, sama ada 55″, 65″, 75″ dan 85″. Ia menggunakan teknologi mini LED serta 4K ULED, yang juga menyokong ciri tambahan lain seperti Dolby Vision, HDR10+, HLR Quantum Dot dan FilmMaker Mode.
Turut disertakan adalah kemampuan kadar segar semula 144Hz dengan sokongan Freesync dan Game Mode Pro. Pilihan I/O pula ialah output audio 3.5mm, HDMI inputs 2.1 (4K@120Hz), 2x USB 2.0, ouput audio 3.5mm, optikal dan AV. Dekoder DVB-T / DVB-T2 juga terbina untuk menonton televisyen menggunakan antena.

Hisense U6K ULED VIDAA pula tersedia dalam saiz 55″, 65″ dan 75″ yang menjadi televisyen dengan teknologi Mini LED serta 4K ULED yang ditawarkan pada harga lebih berpatutan. Turut disertakan pada televisyen ini adalah sokongan Dolby Vision HDR, HDR 10+, Quantum Dot, MEMC dan FilmMaker Mode bagi tujuan pengalaman tontonan lebih menyeronokkan.
Pengalaman permua dikatakan boleh dinikmati dengan baik menerusi kemampuan kemampuan Game Mode dan Dolby Vision dengan 60Hz VRR terbina. Seterusnya sistem audio dengan Dolby Atmos dan eARC pula diberikan bagi tujungan bunyi lebih imersif.
Pilihan I/O pula ialah output audio 3.5mm, HDMI inputs 2.1 (4K@120Hz), 2x USB 2.0, ouput audio 3.5mm, optikal dan AV. Dekoder DVB-T / DVB-T2 juga terbina untuk menonton televisyen menggunakan antena.
Catat Ulasan