Teknologi implan pada otak mendapat perhatian ramai.Proses pemasangan implan terus pada otak akan dapat dilakukan dalam masa kurang sejam dengan ia diharap dapat mengembalikan kemampuan berjalan pada insan lumpuh misalnya.
Terkini penyelidik dari University of California, San Francisco, dan University of California, Berkeley berjaya membuatkan seorang mangsa strok bercakap semula 18 tahun selepas diserang strok menggunakan implan otak.
Ann Johnson diserang strok 18 tahun yang lalu menyebabkan beliau lumpuh dan hilang keupayaan untuk bercakap. Selama ini beliau menggunakan kepala untuk menaip pada komputer yang kemudiannya bercakap bagi pihak beliau. Menerusi implan otak yang baharu dipasang, gelombang otak Johnson dibaca sebelum ia dituturkan oleh sebuah avatar 3D. Kerana beliau tidak lagi perlu menaip, proses bercakap dengan orang sekeliling kini lebih pantas.
Penyelidik turut menggunakan kecerdasan buatan (AI) supaya avatar 3D Johnson bercakap menggunakan suara sebenar beliau. Video ucapan beliau ketika berkahwin digunakan untuk melatih AI ini. Sungguhpun begitu sistem membaca gelombang otak menggunakan implan ini masih belum cukup sempurna kerana melakukan kesilapan apabila ingin menyebut nama. Ia juga perlahan dengan kelajuan 78 perkataan seminit berbanding 160 perkataan seminit untuk kelajuan pertuturan manusia biasa.
Catat Ulasan