Isi Minyak Tanpa Pergi Kaunter


Shell secara rasminya telah melancarkan aplikasi mereka iaitu Shell Asia. Aplikasi ini boleh digunakan untuk membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter, dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor pam minyak, dan memilih amaun yang diinginkan. Pengguna juga boleh memilih baucar yang ingin digunakan untuk setiap transaksi, dan melakukan pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit. Selain daripada pengisian minyak, pengguna juga boleh menebus mata ganjaran Bonuslink untuk pembelian barangan dari kedai Shell Select.


Aplikasi ini yang tersedia untuk Apple App Store dan juga Google Play Store turut membantu pengguna dalam mencari stesen Shell dengan kemudahan tertentu seperti pengecasan EV Shell Recharge, stesen yang dilengkapi pembayaran minyak secara RFID, kemudahan lain seperti surau, penukaran minyak, Costa Coffee dan pelbagai lagi.  

Buat masa ini sekitar 650 stesen yang boleh menerima pembayaran menerusi aplikasi Shell Asia, dan tiada lagi integrasi pembayaran pengecas kenderaan elektrik EV Shell Recharge kerana ia dilakukan menerusi aplikasi berlainan iaitu ParkEasy. Shell turut menyasarkan yang aplikasi ini boleh digunakan di semua cawangan menjelang akhir tahun ini. 
 

0/komen