Jatuh Tingkat 5 Hanya Alami Calar


Seorang lelaki dari Singapura masih hidup selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah hotel di Krabi, Thailand dan hanya cedera ringan.

Dalam kejadian kelmarin, lelaki dikenali sebagai Brian, 37, itu menginap di Hotel Krabi Seabass.

Meskipun  ketinggian tersebut mengundang maut,  Brian sekadar mengalami calar dan lebam. 

Dia juga berada dalam keadaan sedar selepas terjatuh.Kecederaan Brian dikurangkan kerana dia terhempas pada bumbung plastik sebelum jatuh ke  tanah.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Rakan mangsa, Ho Si Ping berkata,  Brian mengalami masalah kesihatan mental baru-baru ini, manakala polis masih menyiasat punca kejadian.
 

0/komen