
Seorang wanita dituduh memelihara lebih 40 ekor kucing di sebuah unit pangsapuri perumahan awam di Ang Mo Kio, Singapura, sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan bagi penduduk di kawasan itu.
Pemilik haiwan itu didakwa mula mengumpul kucing sejak tiga tahun lalu sebelum bilangannya bertambah sejak akhir-akhir ini.
Menurut jiran jirannya,wanita itu dan suaminya berpindah ke rumah lain kira-kira setahun setengah yang lalu. Mereka meninggalkan kucing-kucing itu dan hanya kembali sesekali sekala untuk memberi makan dan membersihkannya.
Kucing-kucing itu juga pernah keluar beberapa kali dari unit flat tersebut dan sering menimbulkan kekecohan apabila ia bergaduh.
Lebih-lebih lagi, masalah yang paling serius ialah najis kucing.
“Selagi anda melalui pintu utama mereka, anda boleh menghidu bau busuk. Bau itu sampai ke luar, justeru, penduduk tidak mempunyai pilihan selain menutup tingkap rumah,” kata beberapa jiran.
Dalam pada itu, Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) berkata bahawa pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes itu dan mereka telah menghubungi pemiliknya.
Catat Ulasan