Ketua Polis Daerah Digantung Tugas


Seorang ketua polis sebuah daerah di selatan wilayah Binh Phuoc, Vietnam memukul dan menendang seorang lelaki sehingga dia dimasukkan ke hospital, atas alasan menghalang tugas pihak berkuasa.

Sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin, polis di daerah Binh Son menerima laporan bahawa sebuah basikal roda tiga di kawasan itu mungkin menjadi bukti satu kes kecurian. Ia menyebabkan anggota pihak berkuasa itu datang ke tempat tersebut untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, seorang lelaki, Dau Ngoc Hoan, 30, mendakwa bahawa basikal roda tiga itu adalah miliknya serta tidak membenarkan anggota polis membawanya.

Ngoc Hoan yang kekal berada di atas basikal itu dan enggan turun. Ia membuatkan Ketua Polis Binh Son, Leftenan Kolonel Le Huy Cao menumbuk dan menendangnya berulang kali, menyebabkan lelaki itu berdarah sebelum akhirnya digari.

Timbalan Pengarah Polis Binh Phuoc, Lam Van Long berkata, tugas ketua polis itu digantung bagi membolehkan siasatan dilakukan. 

0/komen