Kit Meja, Papan Kekunci Dan Pad Sesentuh Mudah Alih


Logitech Casa Pop-Up Desk ialah aksesori terkini yang memudahkan seseorang bekerja dari rumah.

Kit kerja dari rumah ini terdiri daripada Casa Keys (sebuah papan kekunci nirwayar), Casa Touch (pad sesentuh) dan Casa Book (meja untuk komputer riba yang boleh di laras). Apabila digunakan bersama, Casa Pop-Up Desk mewujudkan ruang kerja yang lebih selesa di mana jua kita berada. Selepas digunakan pula kesemua aksesori boleh disimpan semula dalam meja yang boleh dilipat dengan kemas.

Bateri Casa Keys boleh bertahan sehingga 5 bulan manakala Casa Touch pula sehingga 3 minggu. Apabila kehabisan bateri ia dicas semula menggunakan kabel USB-C. Casa Book pula boleh digunakan dengan komputer riba 10″-17″ dengan berat maksimum 7.5 kg.

Sistem operasi yang disokong pula ialah Windows 10 ke atas, macOS 11 ke atas, ChromeOS dan iPadOS 14 ke atas. Harga jualan Logitech Casa Pop-Up Desk ialah £179.99 (~RM1059).
 

0/komen