Bulan akan menjadi medan pertarungan teknologi angkasa lepas untuk generasi seterusnya. Beberapa negara kuasa besar aeroangkasa ingin membina markah di bulan dengan ia dijadikan pusat pelancaran misi ke Marikh dan kemudiannya meneroka galaksi dalam masa terdekat.
Rusia melancarkan misi Luna-25 mereka 10 Ogos lalu yang merupakan kali pertama mereka ingin kembali ke permukaan bulan sejak 1976. Malang sekali misi ini disahkan menemui kegagalan.
Proba angkasa Lunar-25 terhempas ke permukaan bulan pada Sabtu lalu waktu tempatan menurut Roscosmos. Ia gagal mencapai orbit yang sepatutnya sebelum hubungan dengan pusat kawalan terputus sepenuhnya dipercayai kerana terhempas. Menurut perancangan asal Luna-25 sepatutnya mendarat di permukaan bulan hari ini ( 21 ogos 2023).
Kegagalan ini pastinya mengecewakan kerana Rusia sedang berlumba dengan India yang ingin mendaratkan kapal angkasa Chandrayaan-3 di Kutub Selatan bulan pada 23 Ogos. Chandrayaan-3 dilengkapi dengan sistem pendaratan dan juga perayau yang boleh meneroka serta melakukan kajian saintifik ke atas sampel yang dikumpul. Seperti Rusia, India juga pernah mengalami kegagalan selepas Chandrayaan-2 terhempas pada tahun 2019.
Catat Ulasan