Monitor Dell 24 Touch USB-C Hub Di Malaysia



Monitor Dell 24 Touch USB-C Hub telah dilancarkan dengan reka bentuk praktikal yang bertujuan meningkatkan produktiviti kerja secara berkesan. Melaluinya ia mempunyai skrin utama yang boleh diubah pada sudut 60 darjah untuk dijadikan tablet, dalam masa sama turut menyokong skrin sesentuh.

Monitor komputer ini sudah boleh didapati di Malaysia dengan harga jualan RM1,959 sebuah. Pembelian boleh dibuat menerusi pengedar sah Dell bermula hari ini.

Skrin yang digunakan adalah sejenis IPS LCD sebesar 23.8-inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel) dan kadar segar semula 60Hz. Turut disertakan adalah teknologi ComfortView Plus yang dikatakan boleh bantu melindungi mata daripada pencahayaan biru yang berlebihan tanpa menjejaskan prestasi warna sebenar.

Monitor komputer ini juga didatangkan dengan pembesar suara mono 3W terbina, yang juga menawarkan pelbagai pilihan I/O termasuk dua port HDMI, DisplayPort, tiga port USB-C, dan lima port USB-A.
 

0/komen