OKU Berkaki Sebelah Buat Ramai Sebak


Ramai kagum melihat semangat juang yang ditunjukkan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai satu acara larian.

Ini kerana walaupun mempunyai sebelah kaki dan hanya bertongkat, dia tetap menyertai acara tersebut meskipun kebanyakan peserta kelihatan sempurna.

Menerusi klip video ini, kelihatan remaja terbabit berlari sambil diiringi seorang wanita.Difahamkan wanita itu adalah guru kepada remaja terbabit.

Lebih membanggakan, remaja tersebut berjaya menghabiskan lariannya dan sampai di garisan meskipun berlari dengan bantuan tongkat dikedua-dua tangannya.


Di fahamkan acara larian itu adalah sempena Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat.

23-25/8 juga berlangsung Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Langat. Memang ada acara yang buatkan penonton ‘touching’ (tersentuh).

Acara tersebut melibatkan 10 orang murid  termasuk seorang masalah penglihatan.

Adik ini memang semangat juang yang tinggi dan kental, terbaik.

0/komen