Peranti dengan memori besar mencapai 24GB RAM seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan pengeluar hari ini. Ini termasuklah OnePlus yang dilihat turut menawarkannya pada peranti baharu mereka iaitu Ace 2 Pro.
Peranti telah dilancarkan di China dengan fokus terhadap pengguna muda dan gamers. Melaluinya ia dilengkapi dengan skrin AMOLED 3D sebesar 6.74-inci FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz.
Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 24GB LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 1TB UFS 4.0 sebagai tunjang utama. Dalam masa sama turut memuatkan bateri 5,000mAh yang boleh dicas semula dengan sistem pengecasan pantas 150W.
Tri-kamera utama juga digunakan padanya dengan tetapan 50MP IMX890 OIS + 8MP IMX355 (lebar) + 2MP (makro). Kamera ini juga boleh digunakan untuk merakam video maksimum 4K/60fps yang juga menyokong mod filem terbina. Seterusnya kamera swafoto pula sebesar 16MP, namun kemampuan merakam video pula terhad pada 1080P.
Telefon pintar ini dijual di China dengan harga bermula RMB2,999 (~RM1,903) (12GB/256GB), RMB3,399 (~RM2,156)(16GB/512GB) dan RMB3,999 (~RM2,537) untuk 24GB/1TB. Ia boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti Aurora Green atau Titanium Empty Gray.
Catat Ulasan