Pengasas Bersama Adobe, John Warnock Meninggal Dunia


Pengasas bersama syarikat terkemuka Adobe, John Edward Warnock kini telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun. Punca kematian tidak diumumkan oleh keluarga buat masa ini.

John Warnock telah mengasaskan Adobe pada 1982, bersama Charles Geschke. Beliau telah meninggalkan jawatan CEO Adobe pada tahun 2000, tetapi terus menjadi ahli lembaga pengarah sehingga 2017, selain turut meneruskan membantu dalam memudahkan penerbitan desktop.

Produk pertama yang dibangunkan oleh beliau dibawah Adobe adalah Adobe PostScript yang telah merevolusikan penerbitan desktop. Disamping itu, pada 1986, beliau turut telah mencipta Adobe Illustrator, dan seterusnya menghasilkan format PDF pada 1991.

Salah satu muka taip popular turut dinamakan sempena beliau, iaitu Warnock. Steve Jobs sendiri pernah cuba membeli Adobe sebelum ini, tetapi ditolak oleh pihak Adobe.

Sumbangan beliau dalam arena penerbitan desktop amat dihargai oleh semua pengguna seluruh dunia.
 

0/komen