
Sel kanser sebelum rawatan (kiri). Sel kanser selepas rawatan AOH1996 (kanan)
Sebiji pil yang dilaporkan boleh membunuh sel kanser kini memulakan ujian klinikal ke atas manusia. Ubat menentang kanser yang diberi nama AOH1996 menyerang varian protein kanser yang dikenali sebagai antigen inti sel proliferasi (PCNA). Dalam ujian dalam makmal ke atas sel kanser dan haiwan, AOH1996 berjaya mengurangkan saiz tumor.

Ujian pra-klinikal pada haiwan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan pada sel kanser payudara, prostat, otak, ovari, rahim dan paru-paru. Oleh sebab itu ujian klinikal fasa pertama pada manusia sedang dilakukan bagi melihat keberkesanannya ke atas manusia.
Tahun lalu City of Hope turut telah memulakan ujian klinikal rawatan kanser ke atas manusia menggunakan virus CF33-hNIS VAXINIA. Virus ini akan menyerang sel kanser sebelum membiak dan membunuh sel kanser yang lain tanpa menyerang sel tubuh lain yang sihat.
Catat Ulasan