Sony kini hadir dengan promosi bersempena dengan Hari Merdeka, sekaligus menawarkan diskaun sebanyak RM220 untuk PlayStation 5. Ini sekaligus membolehkan orang ramai mendapatkan konsol PlayStation 5 yang berharga RM2499 pada harga promosi RM2279.
Promosi ini ditawarkan bermula 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2023 kelak. Buat masa ini, tiada potongan harga diumumkan untuk PlayStation 5 versi digital.
Selain untuk versi konsol asas PlayStation 5, pihak Sony juga turut menawarkan diskaun untuk PlayStation 5 versi berkas Final Fantasy XVI yang akan dijual pada harga RM2549.
Catat Ulasan