Samsung Galaxy Z Flip5, Z Fold5, Siri Watch6 Dan Siri Tab S9 Kini Di Malaysia


Samsung Galaxy Z Flip5, Galaxy Z Fold5, siri Galaxy Watch6 dan siri Galaxy Tab S9 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sempena pelancaran kesemua produk-produk ini, Samsung Malaysia membuka rerurai Flip Town di Kuala Lumpur, Pulau Pinang Johor Bahru dan Melaka.

Samsung Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 adalah dua peranti skrin boleh-lipat mereka dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Kedua-duanya mempunyai rekaan engsel baharu yang membolehkan skrin dilipat sepenuhnya tanpa terdapat ruang antara skrin.


Sementara itu dalam Samsung Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Klasik adalah jam tangan pintar terkini mereka yang mempunyai ciri penjejakan tidur yang ditambah baik. Selain itu ia boleh mengesan tahap lemak dalam tubuh, nadi, ECG, tekanan darah dan kepekatan oksigen dalam darah yang membolehkan ia menjadi penjejak kesihatan paling lengkap di pasaran Malaysia.



Akhir sekali tablet Samsung Galaxy Tab S9, Tab S9+ dan Tab S9 Ultra pula adalah tiga tablet mercu yang dilengkapi skrin 120Hz dan turut dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Yang menjadikan tablet tahun ini menarik ialah ia hadir dengan kemampuan kalis air IP68. Bukan itu sahaja S Pen yang digunakan juga melepasi piawaian IP68 dengan ia boleh digunakan di dalam air jika diperlukan.

Harga kesemua peranti-peranti yang mula ditawarkan di Malaysia hari ini adalah seperti di bawah.

Samsung Galaxy Z Fold5 (256GB) – RM 6,799
Samsung Galaxy Z Fold5 (512GB) – RM 7,299
Samsung Galaxy Z Fold5 (1TB) – RM 8,299
Samsung Galaxy Z Flip5 (256GB) – RM 4,499
Samsung Galaxy Z Flip5 (512GB) – RM 4,999
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 5G (256GB) – RM 6,649
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 5G (512GB) – RM 7,149
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra (256GB) – RM 5,999
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra (512GB) – RM 6,499
Samsung Galaxy Tab S9+ 5G (512GB) – RM 5,849
Samsung Galaxy Tab S9+ (512GB) – RM 5,199
Samsung Galaxy Tab S9 5G (256GB) – RM 4,199
Samsung Galaxy Tab S9 (256GB) – RM 4,849
Samsung Galaxy Watch6 Classic 47MM LTE – RM 1,799
Samsung Galaxy Watch6 Classic 47mm – RM 1,499
Samsung Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE – RM 1,699
Samsung Galaxy Watch6 Classic 43mm – RM 1,399
Samsung Galaxy Watch6 44mm LTE – RM 1,499
Samsung Galaxy Watch6 44mm – RM 1,199
Samsung Galaxy Watch6 40mm LTE – RM 1,399
Samsung Galaxy Watch6 40mm – RM 1,099
 

0/komen