Tablet Oukitel RT7 Titan 5G Di Lancarkan


Pelancaran tablet Oukitel RT7 dilihat memberi tumpuan terhadap pengguna yang mahukan peranti yang mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Ia berikutan tablet ini bukan sahaja dibina dengan tubuh yang tahan lasak, malahan juga menawarkan bateri besar 32,000 mAh yang boleh bertahan sehingga 180 hari dan mod sedia.


Menariknya lagi apabila tablet juga menyokong sistem pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas semula dalam masa 360 minit. Dalam masa sama turut menyokong ciri pengecasan berbalik yang serasi dengan pelbagai jenis produk sama ada telefon pintar, dron atau kamera digital.

Tablet ini dijana dengan cip MediaTek Dimensity 720 yang juga menyokong rangkaian 5G terbina. Ini dipadankan pula dengan memori 12GB RAM yang juga menyokong RAM maya sehingga 12GB RAM, kemudian diikuti pula dengan storan dalaman 1TB sebagai pelengkap tablet ini.


Turut disertakan adalah tri-kamera utama 48MP + 20MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. Kemudian melengkapkan lagi tablet ini adalah skrin utama 10.1-inci IPS LCD FHD+, dalam masa sama turut melepasi pensijilan IP68, IP69K dan MIL-STD-810H yang sepatutnya boleh bertahan dalam keadaan lasak.
 

0/komen