AirPods Pro 2 Juga Dikemaskini



Apple mengumumkan penyeragaman penggunaan kabel pengecacs untuk dua lagi peranti mereka yang sekian lama menggunakan Lightning, iaitu untuk iPhone dan juga pengecas AirPods Pro.

Melalui siri iPhone 15, kini Apple menyertakan pengecas berasaskan USB-C bersama-sama dengannya, sekaligus menggantikan penggunaan Lightning sebelum ini.

Disamping untuk iPhone, pihak Apple juga turut menggantikan penggunaan pengecas pada kerangka pengecas AirPods Pro – turut kepada USB-C.


Selain kemaskini USB-C, Apple juga menambah-baik AirPods Pro 2 dengan sokongan kalis air IP54 bersama-sama dengannya, disamping ia turut menawarkan sokongan audio nirhilang apabila digunakan bersama Vision Pro yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.

Di Malaysia, AirPods Pro 2 dengan USB-C ini ditawarkan pada harga RM1099.
 

0/komen