Apple iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Di Perkenalkan


Apple juga kini memperkenalkan siri berkuasa tinggi iPhone baharu mereka, iaitu iPhone 15 Pro. Dua model dibawanya adalah iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.


Ia hadir dengan pilihan skrin bersaiz 6.1-inci dan juga 6.7-inci – masing-masing untuk iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max, serta menawarkan paparan Super Retina XDR ProMotion. Disamping itu, kedua-dua model ini hadir dengan cip pemprosesan lebih berkuasa dan terkini, iaitu Apple A17 Pro.


iPhone 15 Pro dan Pro Max turut hadir dengan penggunaan pengecas berasaskan USB-C. Disamping itu, turut menjadi salah satu kelebihan pada model ini adalah butang baharu dinamakan Action Button.

Melalui Action Button, pengguna boleh melakukan tetapan untuk ia menjadi butang pintas untuk melakukan sejumlah perkara, termasuk untuk membuka kamera, mengakses sesuatu Shortcuts, dan sebagainya. Ini sekaligus memberikan lebih kawalan kepada pengguna berbanding penggunaan butang sebelum ini.


iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max hadir dengan kamera 48-megapixel yang menawarkan kualiti rakaman lebih baik – termasuk pada keadaan cahaya malap. Ia turut menawarkan sokongan rakaman video 4K60 – dan memudahkan lagi pengguna melakukan pemindahan bersama kabel USB-C.


Turut menjadi kelebihan pada model ini adalah binaan peranti berasaskan titanium padanya. Ini sekaligus menawarkan rekaan lebih kukuh berbanding sebelum ini, dan Apple antara yang terawal menawarkan peranti dengan binaan berasaskan titanium secara meluas kepada pengguna.


Di Malaysia, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan dijual bermula 29 September 2023 kelak. Kedua-dua model turut hadir dengan pilihan storan mencapai 1TB. Harga jualan di Malaysia bermula RM5499 untuk model iPhone 15 Pro, sementara iPhone 15 Pro Max pula dijual pada harga bermula RM6499.

0/komen