Apple Watch Ultra 2 Di Malaysia


Apple turut mengemaskini penawaran jam tangan pintar berkuasa tinggi dan lebih tahan lasak mereka, iaitu Apple Watch Ultra.

Kini, Apple Watch Ultra 2 hadir dengan cip Apple S9 yang dikemaskini, serta menyertakan panel paparan yang lebih terang – iaitu seterang 3,000 nit. Ini sekaligus menawarkan penambah-baikkan berbanding hanya 2,000 nit sebelum ini – sekaligus memudahkan pengguna melihat jam pada pelbagai keadaan persekitaran.

Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah sebuah sensor baharu yang boleh mengaktifkan ciri “mod gelap secara automatik. Seperti pada Apple Watch, Apple Watch Ultra turut menyertakan ciri gestur dwi-tap untuk melakukan beberapa perkara dengan pantas.



Apple mengatakan Apple Watch Ultra 2 boleh digunakan sehingga 72 jam pada keadaan mod jimat tenaga. Beberapa ciri-ciri kecergasan turut ditambah baik – termasuk untuk mereka yang sering melakukan aktiviti dalam air, seperti menyelam dan sebagainya.

Apple Watch Ultra 2 dengan tali jam 49mm akan ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM3799. Ia turut hadir dengan tiga pilihan tali jam berbeza yang boleh dipilih mengikut citarasa dan penggunaan seseorang.

 

0/komen