Habbatus sauda (Nigella Sativa / Black Seed) adalah ubat herba yang telah digunakan ribuan tahun dahulu (lebih dari 3000 tahun), terbukti dengan penemuan minyak habbatus sauda di pekuburan Tuthankhamen (kubur raja-raja Mesir kuno).
Dahulu, minyak habbatus sauda ini hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarganya. Habatussauda juga digunakan oleh raja-raja zaman Greek kuno dengan dijadikan tanaman ini sebagai tanaman yang berkhasiat membantu mereka diakhir hayat hidup mereka.
Di beberapa negara di benua asia (terutama Asia timur bahagian tengah) dan benua Eropah Timur bahagian tengah, habatus sauda digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan sebagai rawatan herba utama untuk kebanyak kan penyakit ringan dan berat.
Habbatus sauda merupakan suplemen ubat semulajadi yang mampu membangkitkan dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh (immunity system) yang mampu mencegah dari serangan pelbagai macam penyakit.
Analisis dan penerbitan kajian yang telah dilakukan dibeberapa Negara (Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat dan beberapa Negara Eropah) pada seperempat abad terkini menunjukkan bahawa habatus sauda mempunyai kandungan zat nutrisi yang sangat tinggi seperti:
- sekitar 40% minyak malar (fally oil content)
- 1.5% minyak pati (essential oil content)
- 15 macam asam amino
- protein
- ion kalsium
- karbohidrat
- zat besi
- seng
- fospor
- ion sodium, dan
- potasium
Dalam sebuah Hadist sahih Bukhari Muslim, Rasulullah telah menganjurkan kita menggunakan habbatus sauda. Gunakanlah habbatussauda kerana di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali maut (HR. Bukhori Muslim)
Beberapa pendedahan para doktor dan saintis mengenai habbatussauda setelah dilakukan penelitian secara empirikal dan klinikal dalam makmal mereka:
- Prof. Dr. Hildbert Wanger (Germany):
Habbatussauda terbukti menyembuhkan pesakit alergi, neuradermitis, asthma, dan lemahnya daya tahan tubuh.
- Prof. Lutz Bannasch (Germany):
Oil habbatussauda mempunyai khasiat antitumor tanpa kesan sampingan seperti berlaku pada kemoterapi dan sinaran radiasi.
- Dr. Stanley Kopok (USA):
Habbatussauda mempunyai peranan sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka masa yang lama menguatkan sistem kekebalan tubuh.
- Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia):
Omega yang terkandung dalam habbatussauda lebih besar 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA.
Catat Ulasan