Infinix GT 10 Pro 5G Di Malaysia


Pengenalan rasmi untuk Infinix GT 10 Pro di Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada  12 September 2023 yang lalu. Namun harga jualannya telah ditemui tersenarai dengan tanda  harga RM999 menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Shopee. Pratempah juga telah dibuka dengan hadiah berupa fon telinga nirwayar XE27 diberikan bersama.

Infinix GT 10 Pro telah dipasarkan sebagai sebuah peranti pertengahan gaming bajet. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.67-inci yang juga menyokong kedalaman warna 10-bit dan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan pula dengan cip MediaTek Dimensity 8050, memori 8GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 256GB UFS 3.1 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W.

0/komen