Iphone Jatuh Dalam Laut Masih Boleh Diguna


Sebuah telefon pintar jenama iPhone milik seorang pelancong Jepun yang terjatuh ke dalam laut di Pattaya Jumaat lalu akhirnya ditemui semula oleh beberapa penyelam.

Menyedari telefon bimbitnya jatuh ke dalam laut, pelancong lelaki berkenaan membuat aduan  kepada pihak Pentadbiran Bandar Pattaya. Pihak majlis perbandaran kemudian membentuk sebuah pasukan penyelam untuk  mencari alat komunikasi tersebut.

Pasukan itu disertai kakitangan maritim tempatan dan kru penyelamat kemudian bergegas melakukan misi selaman.

Akhirnya, mereka berjaya menemui telefon bimbit tersebut di dasar laut tetapi apa yang lebih menarik  ialah iPhone tersebut masih berfungsi dan boleh digunakan seperti biasa.

Pelancong Jepun itu dilaporkan berasa gembira kerana telefon bimbitnya ditemui semula dan tidak rosak
 

0/komen