Isteri Anggota Polis Bekerja Tukang Cuci


Seorang isteri anggota polis terpaksa bekerja sebagai petugas kebersihan walaupun hamil kerana mata kiri suaminya buta.

Wanita dikenali sebagai Linda itu merupakan isteri anggota polis, Aipda Rully.

Aipda bertugas di Jagakarsa, Jakarta Selatan. 

Linda bekerja untuk membantu kewangan suaminya yang berubah secara drastik selepas mata kiri Aipda buta pada 2013, manakala pada 2017, mata kanannya pula  bermasalah.

Suaminya menjalani pembedahan mata kiri di sebuah hospital dan setelah pembedahan dilakukan, matanya tidak dapat diselamatkan lagi.

Mata kanannya dapat melihat sejauh 2 meter sahaja, menyebabkan Linda terpaksa bekerja sebagai petugas kebersihan untuk membantu menyara kehidupan mereka.
 

0/komen