
Mangkuk tandas perlu dibersihkan setiap minggu untuk memastikan permukaannya sentiasa putih dan kelihatan suci. Walaupun bahan porselin yang digunakan adalah licin, ia masih tidak cukup licin untuk mengelakkan kesan kotoran serta tinja. Penyelidik daripada Huazhong University of Science and Technology mengumumkan kejayaan menghasilkan mangkuk tandas yang kalis sisa tinja dan kotoran.
Mangkuk tandas dihasikkan menggunakan teknik cetakan 3D menggunakan bahan baharu Abrasion-Resistant Super-Slippery Flush Toilet (ARSSFT). ARSSFT sangat hidrofobik membuatkan bahan sukar melekat pada permukaannya. Dalam ujian di makmal bahan seperti bubur, kanji, madu dan susu tidak melekat pada permukaannya. Ujian menggunakan tinja sintetik juga berjaya dilepasi tanpa sebarang kotoran melekat walaupun sebelum tandas dipam.
ARSSFT mengekalkan tahap kelicinannya walaupun selepas digosok 1000 kitaran dengan kertas pasir dan pisau. Ini adalah ujian ekstrem sekiranya mangkuk tandas digosok dengan berus tandas. Pada waktu ini pencipta belum mempunyai perancangan untuk menghasilkan produk komersil tetapi berharap ia dapat direalisasikan bagi mengurangkan penggunaan air.
Catat Ulasan