Meja Gaming Boleh Laras


Illegear ialah jenama gaming tempatan yang cukup terkenal untuk penawaran komputer riba dan komputer desktop dan juga beberapa perkakasan komputer yang lain. Terkini, Illegear dilihat telah menambahkan satu lagi jenis produk dalam penawaran mereka.


Illegear Obsidian ialah meja gaming boleh laras pertama jenama tersebut, dan ia hadir dalam dua pilihan saiz berbeza, bergantung kepada keperluan anda. Meja ini diperbuat menggunakan pelbagai bahan yang kukuh untuk memastikan ia dapat menampung semua kelengkapan komputer tanpa masalah sehingga berat maksima 100kg.
Ia hadir dengan kemampuan melaras ketinggian secara manual, memastikan anda sentiasa selesa menggunakan meja ini, tidak kira anda dalam posisi duduk ataupun berdiri. dengan julat ketinggian permukaan meja 710mm ke 810mm.

Ia juga mempunyai tempat pemegang untuk botol air dan juga fon kepala yang memastikan permukaan meja anda tidak berselerak dan kotor untuk pengalaman dan mutu gaming yang terbaik.

Seperti yang dikehendaki gamer-gamer sejati juga, meja gaming Illegear Obsidian ini tampil dengan sistem pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai pencahayaannya dengan cepat dan mudah.


Illegear Obisidian kini boleh dibeli melalui laman web Illegear, dan hadir dengan dua pilihan model, Obisidian S dan juga Obsidian L dengan ukuran meja yang berlainan. Illegear Obsidian S (1120 x 600 x 710/760/810mm) hadir dengan tanda harga RM599 manakala Illegear Obsidian L (1360 x 600 x 710/760/810mm) boleh dibeli pada harga RM699.

0/komen