Polis Gari Anak Patung Didakwa Takutkan Orang Ramai


Polis Monclova di Mexico memberkas satu anak patung Chucky dan menggari tangannya kerana dituduh menakutkan orang ramai dengan sebilah pisau.

Pemilik anak patung itu yang dikenali sebagai Carlos N juga ditahan. Dia disyaki menggunakan anak patung Chucky untuk menakutkan orang ramai di dataran awam di bandar Monclova. Suspek berada di bawah pengaruh dadah semasa diberkas.

Pemilik patung Chucky itu menggunakan anak patungnya  bersama sebilah pisau besar untuk memeras ugut wang daripada orang awam.

“Dia (N) meletakkan anak patung itu di muka orang ramai  dan menakut-nakutkan mereka. Ini satu kesalahan dan dia ditangkap,”  kata bekas Pengarah Polis Monclova, Juan Raúl Alcocer.

Carlos N. dan anak patung Chucky itu didakwa mengganggu keamanan dan membahayakan orang awam. Kedua-duanya dibawa ke balai polis Monclova.

Imej anak patung itu digari  pula tular di media sosial. Filem anak patung Chucky keluaran studio Hollywood pertama kali ditayangkan pada tahun 1988 dengan judul Child’s Play.
 

0/komen