Seorang polis wanita di Banda Aceh merupakan seorang hafizah dan gemar mengajar kanak-kanak membaca kitab suci al-Quran,.
Polis Brigedier Dua Najwa Silmina Anggitia, 21, merupakan anggota yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Banda Aceh dan menjalankan tugas-tugas dokumentasi pejabat.
Meskipun sibuk dengan tugas, Najwa membahagikan masanya untuk mengajar mengaji di kawasan dia tinggal.
Menurut gadis tersebut, mengajar kanak-kanak membaca al-Quran adalah sumber kebahagiaan yang tidak terhingga buat dirinya.
Ini yang seharusnya diberikan penghargaan kerana sudah mengabdikan diri kepada negara dan masyarakat.
Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang bermanfaat kerana itu dapat membantu anda di akhirat nanti.
Catat Ulasan