Sebelum ini Razer BlackShark V2 Pro telah dilancarkan. Ia adalah set fon kepala khusus untuk pemain permainan video yang aktif dalam arena e-sukan. Harga jualan adalah RM1099 dan ia padat dengan ciri dan fungsi tetapi tidak semua mampu memilikinya. Terbaru, Razer BlackShark V2 HyperSpeed telah dilancarkan iaitu versi lebih murah dengan spesifikasi lebih kurang sama.
Razer telah memuatkan mikrofon HyperClear Super Wideband Mic yang boleh memastikan suara pemain kedengaran dengan jelas pada resolusi tinggi dan mendakwa ia adalah antara yang terbaik untuk set fon kepala nirwayar. Untuk pemacu audio Razer menggunakan Razer TriForce Titanium bersaiz 50mm yang dipadankan dengan Pro-Tuned FPS Audio Profiles untuk profil audio berbeza mengikut permainan video.
Ia turut direka dengan kusyen cawan telinga bujur dengan bahan binaan Memofy Foam anti-tekanan serta turut menyokong pengasingan hingar pasif. Sambungan adalah dengan Bluetooth 5.2 atau USB-A, mikrofon pula boleh ditanggalkan dan turut mempunyai sokongan THX Spatial Audio. Aksesori audio ini turut menyokong sambungan Razer HyperSpeed Wireless untuk memastikan tiada masalah sela masa ketika bermain.
Turut terbina adalah butang kawalan laras suara, mod sambungan, suis mikrofon, dan butang tukar profil. Ketahanan bateri dikatakan boleh bertahan sehingga 70 jam, Cekak kepala set fon kepala ini pula dibina untuk keselesaan dan mempunyai besi di dalamnya untuk tahan lasak.
Harga jualan di Malaysia adalah RM1099 dengan pilihan warna hitam atau putih.
Catat Ulasan