Silap Caj Pelanggan RM2,883


Sebuah restoran di Singapura menggunakan media sosial Facebook untuk mencari dua pelanggannya kerana tersilap mengenakan caj terlalu tinggi.

Bil makanan mereka ialah SG$84 (RM288.37) tetapi pekerja restoran tersebut secara tidak sengaja menekan angka sifar tambahan pada mesin pengiraan, menyebabkan jumlah meningkat kepada SG$840 (RM2,883).

Restoran itu menggesa kedua-dua pelanggan tampil supaya mereka boleh membayar balik lebihan caj tersebut.

Dalam catatan yang dikongsi dalam kumpulan Facebook Hawkers United – Dabao 2020, Restoran Fok Lok Kee Private Kitchen berkata, pihaknya sedang mencari dua pelanggan wanita yang datang kelmarin.

Restoran ini menghidangkan masakan Sichuan dan terletak di Jalan Geylang

 

0/komen