Sony Xperia 5 V Kini Rasmi

Sony telah memperkenalkan telefon kompak terbaru mereka, iaitu Sony Xperia 5 V. Telefon baharu ini menawarkan sejumlah penaik-tarafan berbanding generasi sebelum ini, termasuk kemaskini pada cip pemprosesan.

Sony Xperia 5 V hadir dengan skrin 6.1-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 8GB RAM, dan storan 128GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikroSD. Sony juga mengekalkan rekaan nisbah 21:9 pada telefon pintar ini, selain bicu audio 3.5mm.



Untuk rakaman gambar, Sony menggunakan dwi-kamera belakang – yang mengabungkan sensor utama 52-megapixel 1/1.35 inci bersama-sama dengan sensor ultralebar 12-megapixel. Xperia 5 V turut menyertakan sensor 12-megapixel dihadapan. Perisian penyuntingan video juga turut disertakan dalam memudahkan pengguna melakukan penyuntingan dan perkongsian terus melalui telefon tersebut.


Melengkapkan telefon ini adalah bateri 5000mAh. Sony tidak menyertakan pengecas dalam kotak, dan perlu mendapatkannya secara berasingan.

Buat masa ini, harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi. Model generasi sebelum ini dijual oleh Sony pada harga RM4899 di Malaysia.

0/komen