Acer Memperkenalkan Dua Kad Grafik Pertama Mereka


Acer, melalui jenama gaming Predator mereka telah memperkenalkan sejumlah siri kad grafik keluaran mereka sendiri.

Terkini, Acer Malaysia telah mengesahkan bahawa dua daripada kad grafik tersebut, Predator Bifrost AMD Radeon RX 7600 dan juga Predator Bifrost Intel Arc A750 OC akan ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kad grafik Predator Bifrost AMD Radeon RX 7600 hadir dengan kelajuan Boost Clock 2655MHz dan juga memori GDDR6 sebanyak 8GB. Kad grafik Predator Bifrost Intel Arc A750 OC pula hadir dengan kelajuan 2400MHz dan mempunyai jumlah memori GDDR6 8GB yang sama.



Acer Malaysia mengatakan bahawa kedua-dua kad grafik ini akan ditawarkan di pasaran tempatan Oktober ini, dengan tanda harga RM1499 untuk kad grafik AMD, dan RM1200 untuk kad grafik Intel.

0/komen