ASUS kini hadir dengan penawaran baharu menerusi Vivobook 16 dengan fokus terhadap kegunaan harian khususnya golongan professional.Ia ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,599 untuk model Ryzen 5 7530U dengan tambahan memori 8GB RAM. Sementara itu model Ryzen 7 7730U dengan tambahan memori 16GB RAM pula berharga RM2,999.
Komputer riba ini dilengkapi skrin IPS 16-inci dengan resolusi FHD, bernisbah aspek 16:10 dan kecerahan puncak 300 nits. Ini digabungkan pula dengan pilihan CPU AMD Ryzen 5 7530U atau Ryzen 7 7730U, di samping sokongan AMD Radeon Graphics. Turut disertakan memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD dan bateri 42Wh dengan pengecasan 45W.
Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara terbina dengan audio SonicMaster, sambungan Wi-Fi 6, dan bluetooth 5.3. Selain pilihan I/O yang terdiri dengan 1x USB 2.0 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C (power delivery), 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x HDMI 1.4, 1x bicu audio dan 1x DC-in.
Catat Ulasan