Gagal Daftar Nama Anak Kerana Terlalu ‘Amat’ Panjang


Bangsawan Sepanyol yang memakai Duke of Huescar, Fernando Juan Fitz-James Stuart y de Solis dilaporkan cuba mendaftarkan nama yang panjang untuk bayinya.

Fernando, 33, yang merupakan pewaris kepada pangkat Duke of Alba, dan isterinya, Sofia Palazuelo, 31, menimbulkan kekecohan di pejabat pendaftaran ketika mendaftarkan nama anak mereka.

Nama yang cuba didaftarkan ialah Sofia Fernanda Dolores Cayetana Teresa Angela de la Cruz Micaela del Santisimo Sacramento del Perpetuo Socorro de la Santísima Trinidad y de Todos Los Santos.

Pasangan itu kecewa apabila peraturan menyatakan bahawa nama yang diberikan kepada kanak-kanak tidak boleh melebihi satu nama majmuk dan dua nama mudah.

Fernando cuba menamakan anak perempuannya sempena nama mendiang Duchess of Alba yang meninggal dunia pada 2014, María del Rosario Cayetana Paloma Alfonsa Victoria Eugenia Fernanda Teresa Francisca de Paula Lourdes Antonia Josefa Fausta Rita Castor Dorotea Santa Esperanza Fitz-James Stuart y de Silva Falco y Gurtubay.

Sebagai tambahan kepada 19 nama itu, Guinness World Records menyatakan bahawa mendiang memegang 46 gelaran melebihi mana-mana wanita bangsawan lain.
 

0/komen