Google Saran Pengguna Berubah Ke Passkey


Google mula menyarankan pengguna akaun mereka untuk berpindah ke sistem Passkey sebagai ganti kepada kata laluan. Dengan meminta Passkey digunakan secara lalai, Google berharap keselamatan akaun akan dapat dipertingkatkan lagi. Sebelum ini mereka meminta pengguna mengaktifkan sistem pengesahan dwi-faktor (2FA) secara lalai atas sebab yang sama.

Menerusi Passkey pengguna tidak lagi perlu memasukkan kata laluan untuk log masuk ke akaun. Sebaliknya sistem biometri seperti pengimbas cap jari, pengimbas wajah dan pin boleh digunakan sebagai ganti. Ia bukan sahaja lebih pantas daripada menaip kata laluan tetapi juga lebih selamat kerana memerlukan sistem biometri peranti digunakan.

Passkey mula diaktifkan pada Mei tahun in dengan WhatsApp antara yang menyokongnya pada waktu itu. Selain itu Uber dan Ebay juga mula menyokong Passkey. Passkey melepasi piawaian FIDO Alliance, Apple dan Microsoft.


0/komen