Guna Lampu Suluh Cari Mangsa


Penduduk Semenanjug Gaza terpaksa mencari mangsa yang selamat di bawah runtuhan bangunan menggunakan lampu suluh di tengah-tengah kekurangan bekalan elektrik dan bahan api di wilayah tersebut.

Pengeboman tanpa henti sepanjang hujung minggu ini menjejaskan perkhidmatan telekomunikasi di Semenanjung Gaza sekali gus memutuskan hubungan wilayah yang mempunyai populasi 2.2 juta penduduk itu dengan dunia luar.

Ia menyukarkan usaha ambulans dan perkhidmatan pertahanan awam untuk sama ada menyelamatkan mangsa yang selamat atau mengeluarkan mayat di sebalik runtuhan.

Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza hari ini menyatakan lebih 8,000 orang terkorban di wilayah itu sejak pencerobohan pengganas zionis bermula 7 Oktober lalu.

“Angka kematian dalam serangan Israel melepasi 8,000 dengan separuh daripadanya ialah kanak-kanak,” kata kementerian berkenaan
 

0/komen